Friday, January 21, 2011

Coretan Luahan Insan

Tujuan apa manusia itu diciptakan??.ada yang mengatakan untuk beribdah kepada Allah dan ada juga sekadar untuk memenuhi alam semulajadi yang memerlukan manusia untuk mengusahakan ala mini. Namun tujuan manusia sebenar diciptakan adalah tidak lain dan tidak bukan untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi dan menjalankan ibadah kepadanya tanda syukur kita kepada pencipta. Dunia ini diumpakan ladang-ladang yang begitu subur dan sudah tersedia untuk manusia, manusia pulak di ibaratkan seperti petanu yang berusaha untuk tanaman-tanaman nya dan menjaga tanamannya supaya hasilnya nanti akan menguntungkan. Tiada sesiapa yang mahu rugi. Oleh itu untuk mendapat untung perlulah menjaga dan member baja kepada hasil tanaman tersebut agar terus subur tetapi jika sesiapa yang membiarnya tanpa di jaga maka hasilnya nanti pasti tidak elok dan merugikan. Begitulah dengan ibadah-ibadah yang kita lakukan setiap hari adakah dalam sehari tu kita dah menghasilkan sesuatu yang untung atau rugi, adakah hasilnya begitu baik dan tidak memuaskan. Baiklah mungkin untuk hari ini hasil itu kurang memuaskan kerana kita lalai dan berusaha pulak untuk esok agar lebih baik. Tetapi hasilnya juga tidak memuaskan kerana kita semakin lupa dan lalai kerana kita masih anggap yang kita akan terus hidup sampai bila-bila dan akan ada peluang. Sedar tidak sedar kita sudah membazir berjuta-juta masa yang ada untuk kita usahakan. Kerana apa?? Kerana sikap kita yang suka bertangguh. Hidup berabad-abad lamanya pun tapi jika kita masih lagi tertunggu-tunggu untuk melakukan kebaikan tiada apa gunanya kerana ia tidak akan terkumpul kebaikan itu sebaliknya menjadi semakin rugi dan menuntungkan adalah syaitan kerana keburukan kita semakin bertimbun dari sehari ke sahari. Agak-agak bila ia akan berkurang?? Mcm mana nak kurang kalau hari2 buat perkara yang dimurkai oleh Allah.
Kadang-kadang kita rasa yang kita nie tak layak memohon ampun pada Nya , rasa tidak layak berhadapan dengan Nya kerana dosa-dosa yang kita buat. Tetapi kita lupa yang Dia adalah Maha Pengampun dan Maha Penyanyang. Dia yang menciptakan kita dan Dia mengetahui segala-segalanya tentang kita. Malah Dia begitu sayangkan kita kerana sampai sekarang Dia masih berikan kita kehidupan dan kesenangan serta kesempatan untuk kita kembali fikir dan kembali sedar atas apa yang kita lakukan. Susahkan untuk kita berubah kerana sifat buruk itu sudah berkarat dalam jiwa kita tetapi ruang keinsafan itu masih bersinar-sinar dan bercahaya menunggu masa nya utk diserikan. Jadi Allah datangkan musibah adalah untuk menyedarkan kita kerana manusia itu lemah sifat nya dan hanya akan kembali berada dalam kebaikan jika dirinya berada dalam kesulitan. Itu lah sifat manusia. Bermacam-macam janji-janji kita pada nya jika kita dapat apa yang kita hajatkan tetapi semua tu akan hilang setelah tercapai apa yang kita hajat. Apa rasanya jika kita dimungkiri janji, tentu kita marah. Mcm itu lah Allah..tetapi marahnya bukan marah seperti manusia kerana Dia adalah Tuhan kita tidak mungkin sama dengan manusia yang diciptakan. Murkanya Allah bukan seperti raja yang murka pada rakyatnya.. tetapi murkanya Allah adalah dengan didatangkan musibah untuk semua manusia walaupun yang melakukan perkara yang dibenci oleh Allah adalah dua tiga orang. Ini kerana tanda peringatan kepada yang ada disekeliling mereka. Ingat dan letak lah dalam diri kita tiga perkara :
1)      Allah sentiasa melihat kita dalam pelbagai perkara
2)      Allah bersama dengan kita setiap masa
3)      Allah mencintai kita
Jika perkara ini selalu berada dalam hati kita sejak kecil pasti kita akan sentiasa teringat-ingat saat kita nak buat kemungkaran. Hendak mencuri kita akan terfikir Allah bersama kita, Allah melihat kita dan Allah mencintai kita. Masa itu kita akan rasa takut untuk teruskan kemungkaran tersebut. Jadikan Aku juga insan yang sentiasa meletakan tiga perkara tersebut dalam hati ku saat aku mula lalai dan alpa kerana aku insan yang lemah dan perlukan kekuatan iman