Tuesday, September 25, 2012

kejayaan itu indah jika ia disusuli dengn usaha+doa + tawakal= kejayaan dunia akhirat


salam buat pelajar-pelajar yang selalu dalam doa gurunya ...

Setiap kali kita melihat atau terbayang perkataan  "KEJAYAAN" pasti di minda kita bahawa kejayaan itu adalah perkara yang paling utama dalam hidup. justeru kita akan mula memikir dan memahami istilah 'Telah Berjaya' dengan menganggap  kejayaan itu ad pengakhirannya..

namun jika itu yang kita fikir bahawa kejayaan itu ada pengakhiran maka sudah tentu konsep ini akan menjadi satu noktah dalam hidup kita bahawa sudah tamat usaha kita kerana terdapat pengakhiran dengan erti kata 'telah berjaya'..

setiap manusia meletakkan bahawa kejayaan adalah matlamat hidup dan daripada kejayaan itu kita akan merasakan kebahagiaan hidup dan kebahagiaan yang benar-benar berakhir adalah kebahagiaan akhirat. Mari kita renung dan berfikir sejenak....
memahami konsep kejayaan hidup itu sesuatu  yang begitu unik. justeru memahami konsep kejayaan ini yang sebenarnya akan memberikan hasil yang indah dalam hidup kerana hasil dari persepsi kita sendiri iaitu ia akan membentuk matlamat yang benar-benar difahami, sikap yang positif, tindakan yang sejajar dan usaha yang sentiasa berterusan...

" Dalam hadis ada menyatakan " Amal yang Paling Disukai Allah adalah Amal yang Dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit"

oleh itu, jangka disangka kejayaan yang kecil yang telah kita capai pada hari ini hanyalah sesuatu yang kecil dan remeh... akan tetapi itulah bentuk-bentuk kejayaan yang perlu kita kumpulkan supaya ia terhimpun menjadi sebuah kejayaan yang besar... maka  sesuatu kejayaan itu perlulah kepada berlangkah yang mana ada cara dan langkahnya...namun ada pula yang berperingkat dan jalan-jalannya..

.SeMakiN kiTa SanGgUp UnTuk BerSabAr dAlaM MeNerUskaN PeRjaLanaN LanGkaH deMi LaNgKaH, pEriNgkaT DeMi PeriNgkAt dan SeCaRa BerAnsUr-AnSur , maka SelaGi ItuLaH KiTa AkaN SenTiaSa meNjaDi SeOraNg YanG BerJayA...

No comments:

Post a Comment